Microip, Inc.TPEX: 7796

MICROIP Perkenal Julung Kali "AI Vehicle System Business Group" dan Inovasi AI Pinggiran di COMPUTEX 2026

· Issued by Microip, Inc. via PR Newswire

Summary by 6ix AI

MICROIP, a Taiwan-based AI software and custom chip (ASIC, application-specific integrated circuit) design services company listed on the Taipei Exchange (TPEx: 7796), will introduce its new AI Vehicle System Business Group at the COMPUTEX 2026 exhibition in Taipei, running June 2 to 5, 2026, at Hall 1 of the Taipei World Trade Center (booth A1215a).

Key details

  • The new group will show automotive hardware with automatic calibration. MICROIP says the system gives triple safety protection, covering signal light recognition for the vehicle ahead, rear blind-spot warning and in-cabin driver fatigue detection, along with 360-degree multi-channel AI recognition.
  • MICROIP will demonstrate two AI software platforms: AIVO, a no-code drag-and-drop vision platform shown for public transport monitoring, smart drones and factory procedure checks, and XEdgAI, which the company says runs on chips such as NVIDIA Jetson, Intel Core Ultra and Axelera AI Metis.
  • MICROIP says its CATS custom chip design service, which uses AI-based chip design software tools, can shorten chip development by six to nine months. It will offer free ASIC design technical consulting at the event.
  • MICROIP is working with AAEON to show real-time production line monitoring using the RT-621R rackmount chassis, and with BrainChip to develop low-power AI models and tactical edge radar classification technology.

6ix AI wrote this summary from the release below and checked it against the release.

TAIPEI, 1 Jun 2026 /PRNewswire/ -- MICROIP (TPEx: 7796) yang mengkhusus dalam perisian AI dan perkhidmatan reka bentuk ASIC, akan memperkenalkan "AI Vehicle System Business Group" di COMPUTEX 2026 (Reruai A1215a, Dewan 1 TWTC, 2–5 Jun). Selaras dengan tema "AI Together" ("AI Bersama-sama"), pameran itu memfokuskan AI pinggiran, mobiliti pintar dan aplikasi silang platform.

MICROIP will exhibit grandly at COMPUTEX 2026 in Taipei World Trade Center Hall 1 (Booth A1215a), debuting the "AI Vehicle System Business Group" and the AIVO and XEdgAI dual software platforms for the first time.
MICROIP will exhibit grandly at COMPUTEX 2026 in Taipei World Trade Center Hall 1 (Booth A1215a), debuting the "AI Vehicle System Business Group" and the AIVO and XEdgAI dual software platforms for the first time.

Menekankan konsep "perisian memacu perkakasan", Pengerusi Dr. James Yang menyatakan bahawa perkhidmatan reka bentuk perisian akan menerajui pasaran AI pinggiran. Beliau menegaskan bahawa cabaran utama dalam pelaksanaan AI ialah "pemecahan proses" antara aliran kerja pembangunan perisian dan perkakasan heterogen pendasar, lalu menjadikan integrasi mendalam sebagai kunci pencapaian nilai komersial yang besar.

Keselamatan Automotif Pintar & Dwiplatform AI
AI Vehicle System Business Group baharu akan mempamerkan perkakasan automotif andalan dengan ciri penentukuran automatik. Sistem itu menawarkan "perlindungan keselamatan tiga kali ganda" yang merangkumi pengecaman lampu isyarat kenderaan hadapan, amaran titik buta kenderaan belakang serta pengesanan keletihan pemandu dalam kabin, di samping pengecaman AI berbilang saluran 360 darjah. Penyelesaian ini amat sesuai untuk pengurusan pengangkutan pintar dan pemantauan keselamatan komersial.

MICROIP akan turut mendemonstrasikan dwiplatform perisian AI miliknya. AIVO, platform penglihatan seret-dan-lepas tanpa kod akan mempamerkan aplikasi dunia sebenar untuk pemantauan pengangkutan awam, dron pintar dan pemeriksaan SOP kilang. Bagi menghapuskan kekangan perkakasan, platform XEdgAI membolehkan pelaksanaan yang lancar dalam cip arus perdana seperti NVIDIA Jetson, Intel Core Ultra dan Axelera AI Metis, sekali gus mengurangkan risiko pergantungan kepada satu vendor.

Reka Bentuk ASIC & Kerjasama Ekosistem
Bagi reka bentuk cip, "CATS Customized ASIC Technology and Solutions" daripada MICROIP mengintegrasikan alat AI EDA termaju bagi membantu pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) memendekkan tempoh pembangunan cip antara enam hingga sembilan bulan. Di acara tersebut, MICROIP akan menawarkan "Perkhidmatan Perundingan Teknikal Reka Bentuk ASIC Percuma" yang menyediakan analisis pengoptimuman PPA eksklusif untuk menilai potensi integrasi.

Bagi mendorong industri AI pinggiran daripada peringkat cip hingga pelaksanaan di lapangan, MICROIP memperluas ekosistem globalnya. MICROIP bekerjasama dengan pengeluar PC industri utama, AAEON bagi memperlihatkan pemantauan barisan pengeluaran pada masa nyata menggunakan casis lekap rak (rackmount) RT-621R. Selain itu, MICROIP turut bekerjasama dengan perintis cip AI neuromorfik, BrainChip bagi membangunkan model AI berkuasa rendah dan teknologi pengelasan radar pinggiran taktikal.

Latar Belakang MICROIP
MICROIP ialah peneraju berpangkalan di Taiwan bagi perkhidmatan reka bentuk ASIC, perisian AI dan pelesenan harta intelek (IP). Melalui platform CATS (Custom ASIC Technology & Solutions) dan CAPS (Cross-platform AI Processing Service), ia mempercepat pelaksanaan AI dalam aplikasi dunia sebenar serta memendekkan kitaran pembangunan. Layari www.micro-ip.com.

SOURCE MICROIP

Microip, Inc. on 6ix

Story so far

Earlier from Microip

Later from Microip

All Microip news releases