Casio Computer Co., Ltd.TSE: 6952

Casio Bawa Pengalaman Baharu Jenama G-SHOCK kepada Golongan Muda di Roblox

· Issued by Casio Computer Co., Ltd. via PR Newswire

Summary by 6ix AI

Casio Computer Co., Ltd. said on July 15, 2026 that it will begin offering content on the online game and creation platform Roblox as part of its VIRTUAL G-SHOCK project. The content includes G-SHOCK watch items for players' avatars and a game world called "Challenge the Skate Obby: G-SHOCK".

Key details

  • The 12 avatar watch items recreate the G-SHOCK DW-5600 and GA-2100 models, each in six colour variations, and will be available for purchase on Roblox.
  • "Challenge the Skate Obby: G-SHOCK" is a skateboard-themed obstacle course race ("obby" is a Roblox obstacle course game format). Casio says the course is inspired by durability tests used in real G-SHOCK quality testing.
  • The watch items trigger special effects when worn in "Challenge the Skate Obby: G-SHOCK". Both the items and the game are set to launch at 3:00 a.m. on July 15 (Wednesday), UTC.
  • A special launch event will be held from July 15 to August 2 (UTC).
  • Casio describes Roblox as having more than 150 million daily active users worldwide and as especially popular with young users.

6ix AI wrote this summary from the release below and checked it against the release.

Tawarkan Item Jam Tangan dan Dunia Maya Unik G-SHOCK

TOKYO, 15 Julai 2026 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan bahawa syarikat akan mula menawarkan kandungan di Roblox, sebuah platform permainan dan penciptaan imersif, sebagai sebahagian daripada projek VIRTUAL G-SHOCK.

Casio akan menawarkan item avatar yang menampilkan semula jam tangan ikonik G-SHOCK di Roblox, sebuah platform permainan dan penciptaan imersif yang mempunyai lebih 150 juta pengguna aktif harian (DAU) di seluruh dunia dan amat popular khususnya dalam kalangan pengguna muda.

Casio to Bring New G-SHOCK Brand Experiences to Young People on Roblox
Casio to Bring New G-SHOCK Brand Experiences to Young People on Roblox
G-SHOCK Items/Challenge the Skate Obby: G-SHOCK
G-SHOCK Items/Challenge the Skate Obby: G-SHOCK

Bagi membantu pengguna mengekspresikan gaya masing-masing di Roblox, yang membolehkan mereka menyesuaikan avatar dan menikmati fesyen, Casio menawarkan 12 item jam tangan. Pengguna boleh memilih model kegemaran daripada pelbagai warna dan menikmati pengalaman mencari jam tangan G-SHOCK yang sepadan dengan gaya mereka, walaupun dalam ruang maya.

Casio akan melancarkan "Challenge the Skate Obby: G-SHOCK", sebuah dunia unik yang membolehkan pemain menyelami dunia G-SHOCK menerusi perlumbaan berhalangan papan selaju. Berasaskan format permainan obby Roblox yang popular dalam kalangan pengguna muda, dunia itu membolehkan pemain menikmati cabaran berulang kali ketika mereka mengatasi pelbagai halangan.

Acara pelancaran khas akan diadakan dari 15 Julai hingga 2 Ogos (UTC).

Gambaran Keseluruhan Item G-SHOCK

Item jam tangan avatar yang menampilkan semula model ikonik G-SHOCK DW-5600 dan GA-2100 akan tersedia untuk dibeli di Roblox. Setiap model ditawarkan dalam enam variasi warna, menjadikan jumlah keseluruhannya 12 item. Pengguna boleh bertukar antara item jam tangan dengan mudah untuk dipadankan dengan avatar mereka.

Item jam tangan itu turut dilengkapi ciri utiliti yang mengaktifkan kesan khas apabila dipakai dalam "Challenge the Skate Obby: G-SHOCK".

Pelancaran: 3:00 pagi, 15 Julai (Rabu), UTC
https://www.roblox.com/catalog?Category=1&CreatorName=G-SHOCK&CreatorType=Group

Gambaran Keseluruhan Challenge the Skate Obby: G-SHOCK

"Challenge the Skate Obby: G-SHOCK" ialah perlumbaan berhalangan bertemakan papan selaju, yang merupakan ikon budaya jalanan. Diilhamkan daripada ujian ketahanan yang digunakan dalam pengujian kualiti sebenar G-SHOCK, laluan itu mencabar pemain untuk mengatasi beberapa siri halangan ketika mereka berlumba menuju ke garisan penamat.

Pelancaran: 3:00 pagi, 15 Julai (Rabu), UTC
https://www.roblox.com/games/116152135419003/Challenge-the-Skate-Obby-G-SHOCK

Laman khas
https://gshock.casio.com/intl/virtual/roblox/

SOURCE CASIO COMPUTER CO., LTD

Casio Computer Co., Ltd. on 6ix

Earlier from Casio Computer

Later from Casio Computer

All Casio Computer news releases